BERBURU ke padang datar Dialah pemberi paling setia Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya USMAN AWANG
SAJAK : GURU OH GURU
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979
Friday, March 12, 2010
DEDIKASI BUAT EN.HASNAN B. HASSAN (PENSYARAH - SGDT3023 DPUUM-YIK COHORT2 2009/2010)
Posted by aisya2010@gmail.com at 1:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment