BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sekadar Perkongsian Bersama......


أحييكم بتحية أهل الجنة

Wednesday, January 13, 2010

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI PENGGUNAAN INTERNET:SATU PENDEKATAN TERKINI


Dewasa ini, kemajuan teknologi maklumat dan multimedia amat dititikberatkan di negara kita sehinggakan kerajaan sendiri menggalakkan setiap keluarga di sebuah rumah memiliki komputer sendiri dengan slogannya "satu rumah satu komputer". Melihat kepada perkembangan dunia hari ini yang amat pesat dengan informasi dan maklumat yang didapati hanya dengan menekan butang di kekunci komputer, kita dapat melayari ke serata dunia untuk memperolehi maklumat. Justeru itu, pembelajaran bahasa juga turut memainkan peranan yang besar melalui penguasaan teknologi maklumat atau secara khususnya internet.

Di dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis cuba meninjau pendekatan terkini
untuk mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan internet. Ini kerana, sepanjang
peninjauan dan pendedahan penulis sebagai pensyarah bahasa Arab, penulis merasakan
mereka yang melayari internet terhadap laman-laman web tertentu didedahkan kepada
pembelajaran bahasa Arab secara percuma. Oleh itu, penulis merasakan agar pendedahan ini
sebagai suatu permulaan bagi pencinta bahasa al-Quran khususnya bahasa Arab agar dapat
menikmati pembelajaran yang menarik melalui laman-laman web Arab ini.

Dengan adanya selitan artikel ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk para pengajar matapelajaran Bahasa Arab terutamanya di sekolah Yayasan Islam Kelantan ini.Moga ianya dapat menambah info bermanfaat untuk kita bersama. Sila klik di link tersebut :-

2 comments:

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

assalamualaikum...

ana x bleh buka jurnal enti, insyaAllah ana boleh tolong kalo enti mahu.

019-9190420 :)

nik normawati 202263 said...

Salam...saya berpendapat setiap guru harus peka dengan perkembangan masa kini,contohnya guru bahasa arab mereka tidak perlu lagi menggunakan kaedah lama iaitu pengajaran hanya berpusat pada guru sahaja,kerana pada zaman kemajuan teknologi maklumat ini pengajaran bahasa arab dapat di rujuk pada internet melalui laman-lamam web arab yang menyediakan pengajaran bahasa arab yang dapat membantu pelajar menguasai bahasa arab dengan lebih berkesan.Jadi sebagai seorang guru harus bijak membimbing para pelajarnya menggunakan laman web tersebut sebaik mungkin,kerena di dalamnya telah tersedia kamus arab dan terjemahannya.Hal ini dapat membantu pelajar lebih menguasai dan mendalami bahasa arab dengan lebuh baik lagi.